F1 23 Tiba Bulan Jun Ini Untuk PlayStation, Xbox Dan PC

EA telah mengumumkan yang permainan F1 23 iaitu permainan rasmi untuk FIA Formula One World Championship akan dikeluarkan pada 16 Jun 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Mereka juga telah mengumumkan yang mod penceritaan iaitu braking point akan kembali sekali lagi – mengikuti kisah mengenai dua pelumba iaitu Aiden Jackson iaitu pelumba muda dan Devon Butler sebagai protagonis. Mereka berada di dalam pasukan yang sama iaitu Konnersport Racing Team.

Penambahan lain yang disertakan untuk F1 23 adalah pengawalan yang lebih baik, 35% jarak perlumbaan, Red Flag juga diperkenalkan untuk menambah lagi strategi yang boleh dilakukan oleh pemain.

Selain menyertakan kesemua litar F1 untuk musim ini yang juga termasuk Las Vegas dan Lusail, terdapat juga tiga litar legasi iaitu Paul Ricard (Perancis), Shanghai (China), dan Portimao (Portugal).

Sohor Kini