THQ Nordic telah mengumumkan yang Biomutant akan turut dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 30 November 2023. Biomutant sebelum ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC.

Biomutant adalah permainan yang dibangunkan oleh Experiment 101 dan merupakan permainan RPG dunia terbuka. Permainan ini juga menyertakan penceritaan yang bercabang dan akan berubah mengikut pilihan pemain di dalam permainan.

Sejak dikeluarkan pada tahun 2021, Biomutant telah terjual lebih 1 juta unit walaupun mendapat skor ulasan sederhana sahaja.

Sohor Kini