Apple hari ini telah mengumumkan yang 20 permainan baharu akan disertakan di dalam perkhidmatan langganan Apple Arcade. 20 permainan ini akan menyertai ratusan permainan yang sudah ditawarkan melalui perkhidmatan tersebut sebelum ini.

Daripada 20 permainan, terdapat 4 permainan yang dikeluarkan secara eksklusif untuk Apple Arcade iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles Splintered Fate iaitu permainan roguelike dengan elemen koperasi yang membolehkan anda bersama dengan 3 orang rakan untuk menjadi empat beradik penyu Leonardo, Michelangelo, Donatello dan Rahael.

Menurut pembangun, Paramount, permainan ini menyertakan peringkat yang terbina tetapi susunan adalah berbeza mengikut sesi permainan, kesukaran penjahat juga bergantung kepada pencapain pemain sebelum-sebelum ini.

Kedua adalah Disney SpellStruck yang dibangunkan oleh Artist Arcade bersama dengan pencipta bersama Words with Friends. Disney SpellStruck adalah permainan perkataan yang menyertakan ramai watak Disney dan juga Pixar seperti Mickey Mouse, Tiana, Stitch dan ramai lagi. Permainan ini boleh dimainkan secara berseorangan ataupun secara dalam talian.

Seterusnya adalah What The Car? oleh Triband iaitu pembangun yang hadir dengan permainan What The Golf? Jika permainan sebelum ini menjadikan golf segala benda kecuali golf, permainan terbaru ini menjadi kereta segala benda kecuali kereta. Anda akan berlumba kereta yang mempunyai kaki dan tangan.

Jika anda meminati permainan simulasi membina bandar, Cityscapes: Sim Builder oleh Magic Fuel Games adalah untuk anda. Di dalam permainan ini, genre permainan ini telah dihasilkan secara khusus untuk peranti pintar tetapi masih mempunyai pelbagai elemen permainan yang mendalam terutama mengenai kelestarian.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan bermula hari ini;

  • TMNT Splintered Fate
  • Disney SpellStruck
  • What The Car?
  • Cityscapes: Sim Builder
  • Chess Universe+
  • Disney Colouring World+
  • Disney Getaway Blast+
  • Farming Simulator 20+
  • Getting Over It+
  • Hill Climb Racing+
  • Iron Marines+
  • Kingdom Two Crowns+
  • Limbo
  • My Town Home – Family Games+
  • Octodad: Deadliest Catch+
  • PPKP+
  • Snake.io+
  • Temple Run+
  • Time Locker+
  • Very Little Nightmares+

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini