Pelakon Veteran Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Pelakon veteran Ridzuan Hashim telah meninggal dunia tengah hari tadi di Hospital Kuala Lumpur. Menurut Astro Awani, pemergian pelakon tersebut disahkan oleh anak saudaranya Kamarul Izham Ahmad Bakri.

Ridzuan Hashim ataupun lebih terkenal dengan panggilan King untuk wataknya di dalam filem KL Gangster mula berlakon sejak tahun 1981 lagi dan terlibat dengan filem-filem seperti Lurah Dendam, Ghazal Untuk Rabiah, KL Gangster dan filem terakhir Daddyku Gangster yang dikeluarkan pada tahun lepas.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak melalui perkahwinan dengan Fadzilah binti Mohd atau lebih dikenali sebagai Didie Alias pada tahun 1992 sebelum bercerai pada tahun 2002.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Sohor Kini