EA bersama dengan pembangun Respawn Entertainment telah mengumumkan yang musim baharu untuk Apex Legends yang juga merupakan musim ke-17 bagi permainan battle royale tersebut akan tiba pada 9 Mei 2023.
Bersama dengan musim ‘Arsenal’ ini, Legend baharu disertakan iaitu Ballistic atau nama sebenar August Montgomery Brinkman yang merupakan peserta di dalam kejohanan Thunderdome Games, acara awal sebelum ditukar menjadi Apex Legends.
Seterusnya adalah peta World’s Edge telah menerima penambah-baikkan dengan lava telah keluar dan membeku. World’s Edge kini kurang berasap dan lebih mudah untuk dilihat. Pemain juga boleh mengunjungi Apex Games Museum di Fragment East.
Arsenal juga memperkenalkan sistem baharu iaitu Weapon Mastery, pemain boleh melakukan pelbagai misi menggunakan senjata tertentu untuk mendapat lencana, trackers dan juga Banner Frame khusus untuk senjata tersebut.
Mereka juga telah melakukan kemaskini untuk Ranked dengan memfokuskan sistem Matchmaking baharu menggunakan Matchmaking Rating (MMR) yang tersorok yang akan diubah mengikut skuad.
Sistem pemarkahan yang mengutamakan kemenangan, dan sistem Bonus yang memberi ganjaran kepada pemenang dan ‘pampasan’ kepada pasukan yang tewas, split reset juga tidak lagi disertakan.
Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Apex Legends juga telah menerima versi mudah alih tetapi versi tersebut akan ditutup pada bulan Mei ini.