Steam bersama dengan Komodo telah menganjurkan jualan promosi Japanese Game Fest yang menawarkan potongan harga untuk permainan-permainan oleh pembangun dan penerbit dari Jepun. Penganjuran ini adalah bersempena Golden Week yang merupakan acara tahunan di Jepun.

Komodo merupakan pengedar rasmi Steam Deck bagi pasaran Asia, dan antara penerbit serta pembangun yang terlibat adalah Bandai Namco, Capcom, Cygames, Sega, Taito dan XSEED.

Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Final Fantasy VII Remake Integrade – RM170.43
  • Judgment – RM90.30
  • Lost Judgment – RM116.35
  • Live A Live – RM159.20
  • Devil May Cry 5 – RM40.92
  • Trials of Mana – RM99.50
  • Resident Evil 2 – RM22.25
  • Resident Evil 3 – RM37.25
  • Yakuza Like a Dragon – RM57.25
  • Sonic Frontiers – RM106.53

Anda boleh layari laman khusus bagi jualan promosi melalui pautan ini untuk melihat permainan-permainan lain yang ditawarkan dan juga menonton penstriman langsung oleh pembangun.

Sohor Kini