Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) hari ini telah mengumumkan yang permohonan baharu bagi tega geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka bermula hari ini sehingga 1 Jun 2023.

DCG memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital dan dibahagikan kepada empat cabang iaitu Geran Projek Mini, Geran Pembangunan, Geran Produksi dan Geran Pemasaran dan Pengkomersialan.

MDXG pula bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi tempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa manakala MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima. Pemohon yang berminat boleh melayari laman www.mdec.my/grants untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sohor Kini