Acer Malaysia telah mengumumkan komputer riba Predator Helios Neo 16 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Neo merupakan tawaran baharu di dalam siri Predator Helios yang menawarkan spesifikasi berkuasa dengan harga lebih mampu milik.

Mereka menawarkan dua model untuk siri ini iaitu PHN16-71-77HU yang menyertakan Intel Core i7-13700HX, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, skrin 16-inci WQXGA, Panel IPS dengan kadar segar semula sehingga 165Hz. Bagi memori, komputer riba ini dilengkapi dengan 16GB DDR5 dan storan 1TB SSD.

Predator Helios Neo 16 (PHN16-71-77HU) ditawarkan dengan harga RM6,399.

Model kedua adalah PHN16-71-54A6 dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i5-13500HX, kad grafik NVIDIA GeForce RTX4050, skrin 16-inci QUXGA, Panel IPS dengan kadar segar semula sehingga 165Hz. Bagi RAM, model ini menyertakan 8GB RAM dan storan 512GB SSD.

Predator Helios Neo 16 (PHN16-71-54A6) ditawarkan dengan harga RM4,899

Komputer riba ini suda ditawarkan melalui Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada. Setiap tempahan sebelum 8 Mei 2023 di kedai terpilih akan mendapat hadiah bernilai RM900 termasuk juga beg, tetikus, topi dan tambahan waranti selama 3 tahun.

Sohor Kini