Razer telah mengumumkan kerjasama dengan Retrosuperfuture (RSF) untuk hadir dengan koleksi pakaian dan aksesori khusus untuk gamer dengan gaya metamesta iaitu Razersuperfuture -curated by D-CAVE.
Produk pertama yang diumumkan adalah kaca mata yang mempunyai rekaan yang sudah menjadi kebiasaan untuk RSF tetapi disertakan juga dengan estetik Razer termasuk juga “For Gamers. By Gamers” tertulis di bahagian depan.
Kaca mata ini akan dikeluarkan dengan jumlah yang terhad dan setiap-nya akan tertulis nombor siri. Razersuprfuture ini akan dikeluarkan pada 5 Mei 2023 dengan harga $239 (~RM1065) melalui Razer.com ataupun di kedai Retrosuperfuture yang terpilih.