Filem Aksi Nyata Gran Turismo Menerima Treler Pertama

Sony Pictures Entertainment hari ini telah berkongsi treler pertama untuk filem aksi nyata berdasarkan siri permainan simulasi perlumbaan oleh PlayStation Studios iaitu Gran Turismo.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Filem ini memfokuskan kepada Jann Mardenborough yang menjadi pelumba kereta profesional dengan memenangi pertandingan permainan video GT Academy. Di dalam treler diperlihatkan bagaimana Jann perlu melalui cabaran sebelum menjadi peluma kereta termasuk juga termasuk dari bapanya sendiri.

Filem ini adalah kerjasama dengan Sony PlayStation dan diarahkan oleh Neill Blomkamp (District 9) dengan pelakon David Harbour sebagai Jack Slater, Orlando Bloom sebagai Danny Moore serta Archie Madekwe akan berlakon sebagai Jann Mardenborough.

Sohor Kini