KC Global Media telah mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan penstriman oleh Media Prima iaitu Tonton untuk membawa saluran Animax dan juga GEM bagi perkhidmatan tersebut.
Animax akan membawa pelbagai kandungan anime manakala GEM menyertakan kandungan drama dan juga aneka ragam dari Jepun. Kedua-dua saluran ini boleh diakses oleh pelanggan TontonUp yang boleh dilanggan dengan harga serendah RM7 sebulan.
George Chien iaitu Pengasas bersama dan juga Presiden untuk KC Global media mengatakan yang mereka teruja untuk membawa kandungan anime dan juga hiburan dari Jepun kepada penonton di Malaysia.