Koei Tecmo bersama dengan pembangun Team Ninja telah mengumumkan yang permainan Wo Long: Fallen Dynasty telah terjual sebanyak 1 juta unit. Permainan ini dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC pada Bulan Mac lepas.
Jumlah ini berkemungkinan besar tidak mengambil kira pemain yang bermain-nya melalui Xbox Game Pass, dengan mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut mempunyai 3.8 juta pemain setakat ini.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga mengatakan yang pasukan pembangun masih sibuk membangunkan kandungan tambahan untuk Wo Long termasuk juga 3 DLC yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.