Disney+ hari ini telah mengumumkan yang filem terkini untuk Marvel Cinematic Universe yang juga filem ketiga untuk Ant-Man and The Wasp akan mula disiarkan di perkhidmatan penstriman tersebut pada 17 Mei 2023.

Seperti biasa, pengumuman ini dilakukan oleh Disney+ dan bukan Disney+ Hotstar akan tetapi berdasarkan pengumuman-pengumuman sebelum ini, kebiasaannya Disney+ Hotstar di Malaysia juga akan menyiarkannya pada tarikh yang sama.

Bagi anda yang tidak tonton lagi filem ini ataupun ingin tontonnya sekali lagi, ini sudah semestinya satu berita yang baik kerana tidak perlu menunggu untuk masa yang lama. Anda juga boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Ant-Man And The Wasp Quantumania.

Sohor Kini