Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang mereka akan membawa berkas PlayStation 5 Final Fantasy XVI secara rasmi di Malaysia dan akan mula ditawarkan pada 22 Jun 2023 iaitu tarikh pelancaran permainan Final Fantasy XVI.
Berkas ini ditawarkan dengan harga RM2,769 untuk PlayStation 5 dan RM2,339 untuk PlayStation 5 Digital Edition iaitu tambahan harga RM270 berbanding harga biasa untuk konsol. Permainan Final Fantasy XVI akan diberikan secara kod dan tiada cakera ataupun kotak fizikal disertakan.
Sony juga mengumumkan rekaan khas untuk penutup PlayStation 5 dan juga DualSense berdasarkan permainan ini, akan tetapi buat masa ini, penawarannya adalah untuk pasaran Jepun sahaja.