Sebelum ini kami sudah laporkan yang ASUS ROG Ally akan ditawarkan dengan harga di bawah RM4500, melalui laporan terbaru, harga untuknya mungkin jauh lebih rendah iaitu sekitar RM3200 sahaja untuk konsol tersebut dengan spesifikasi tertinggi.
Perkara ini pada awalnya dikonsikan oleh pengguna Twitter SnoopyTech – dia mengatakan ASUS ROG Ally yang menggunakan cip AMD Z1 Extreme, 16GB RAM, 512GB SSD ditawarkan dengan harga $699.99 (~RM3200).
The Verge kemudiannya mengeluarkan laporan tersendiri dan mengatakan telah melihat beberapa bahan pemasaran yang mengesahkan harga tersebut, namun mereka mengatakan ada juga kemungkinan yang harga ini adalah placeholder sahaja dan bukan harga akhir.
Sebagai perbandingan, Steam Deck oleh Valve yang mempunyai 512GB storan ditawarkan dengan harga $649 (~RM2900), dengan ROG Ally menggunakan cip yang lebih terbaru, serta mempunyai Windows 11 terpasang, oleh itu masuk akal untuk konsol ini ditawarkan dengan harga lebih mahal.
Selain itu, ROG Ally juga menyertakan skrin yang lebih baik dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz berbanding 60Hz di Steam Deck.
Pengumuman lanjut mengenai ASUS ROG Ally termasuk juga spesifikasi penuh dan harga akan dilakukan pada 11 Mei ini.