Detektif terkenal Hercule Poirot kembali lagi dengan filem ketiga iaitu A Haunting in Venice dan berdasarkan treler yang dikongsi, kisah kali ini juga adalah satu penceritaan yang seram.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Seperti dua filem sebelum ini, A Haunting in Venice juga merupakan berdasarkan novel oleh Agatha Christie dan filem ini mengadaptasi novel “Hallowe’en Party”.
Antara senarai pelakon adalah Kenneth Branagh yang kembali sebagai Hercule Poirot, Michelle Yeoh, Tina Fey, Jude Hill, dan Ali Khan.
Filem ini akan tiba di pawagam pada 15 September 2023.