Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mei untuk pelanggan di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 2 Mei 2023 sehingga 5 Jun 2023;

  • Grid Legends
  • Chivalry II
  • Descenders

Jika anda tidak masih tidak menebus permainan yang ditawarkan pada bulan April, anda masih boleh melakukannya sehingga 1 Mei 2023.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada 28 Mei 2022 lepas.

Sohor Kini