Netflix telah mengumumkan yang musim baharu untuk Black Mirror iaitu musim keenam akan mula disiarkan pada bulan Jun ini.
Anda boleh tonton treler acah untuknya di bawah.
Sebelum ini telah diumumkan untuk tiga episod pertama, Zazie Beetz, Paapa Essiedu, Josh Hartnett, Aaron Paul, Kate Mara, Danny Ramirez, Clara Rugaard, Auden Thornton dan Anjana Vasan akan terlibat.
Netflix mengatakan yang musim baharu ini akan menjadi musim yang paling sukar untuk dijangka. Apa yang dimaksudkan oleh mereka? Sama-sama kita nantikan.