HoYoverse hari ini telah melancarkan secara rasmi permainan terbaru mereka iaitu Honkai: Star Rail untuk PC melalui klien mereka serta Epic Games Store, iOS dan juga Android. Seperti permainan HoYoverse yang lain, Star Rail juga adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Honkai: Star Rail adalah permainan RPG di angkasa lepas yang akan menyertakan pelbagai penceritaan fiksyen sains. Berbeza dengan permainan Genshin Impact, Star Rail adalah permainan dengan sistem pertempuran mengikut turutan.

Namun, seperti Genshin Impact, Star Rail akan menyertakan peta yang luas untuk diteroka, penceritaan yang mendalam dan juga muzik-muzik yang menarik.

Di dalam permainan ini, pemain yang dilengkapi dengan Stellaron akan mengembara untuk menyiasat mengenai ‘Cancer of All Worlds’. Bersama dengan pemain adalah pelbagai watak seperti March 7th dan Dan Heng.

Bersempan dengan pelancaran ini, HoYoverse juga telah mengumumkan akan menghadiri pelbagai acara seperti Anime Expo 2023, Japan Expo 2023, Gamers Con 2023, Gamescom 2023 dan Tokyo Game Show 2023 untuk bertemu dengan pemain.

Honkai: Star Rail turut diumumkan untuk PlayStation akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran buat masa ini.

Sohor Kini