PC Gamer telah melaporkan yang ROG Ally akan dilancarkan pada 11 Mei 2023 dengan Asus mengatakan yang mereka yakin harga untuk PC/konsol mudah alih ini adalah bawah $1000 (~RM4500) dengan pembeli juga akan menerima tiga bulan langganan PC Game Pass.
Asus ROG sebelum ini mengumumkan ROG Ally sebagai jenaka April Fool’s akan tetapi kemudiannya mengesahkan yang konsol ini merupakan satu konsol yang betul dan akan ditawarkan tidak lama lagi.
Buat masa ini masih tiada pengumuman mengenai spesifikasi bagi konsol ini, akan tetapi Asus mengatakan yang konsol ini akan menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme.
ROG Ally akan menyertakan skrin 7-inci dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz, berdasarkan beberapa laporan skrin ini akan mempunyai janka reaksi 7ms dan menyokong AMD FreeSync dengan kecerahan tertinggi 500 nits.
Konsol ini juga dikatakan seberat 608g iaitu lebih rendah berbanding 669g untuk Steam Deck. Berlainan Steam Deck yang menggunakan sistem operasi tersendiri, ROG Ally akan menggunakan Windows 11 yang lebih menjaminkan kesesuaian dengan kebanyakan permainan PC.