Penantian 12 tahun tampaknya telah memberi impak awal kepada jualan untuk Dead Island 2 – Deep Silver bersama dengan pembangun Dambuster Studios telah mengumumkan yang permainan tersebut terjual sebanyak 1 juta unit selepas tiga hari dilancarkan.
Dead Island 2 telah dikeluarkan pada 21 April lepas dan anda boleh tonton treler pelancaran untuknya di bawah.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah mengumumkan pemain telah meluangkan 11 juta jam pemain, 28 juta kali mati, 45 juta zombi dipotong separuh, 756 juta bahagian badan zombi dipotong dan 1.1 bilion zombi telah dibunuh.
Dead Island 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.