Skip to main content

IO Esports dan Epulze telah mengumumkan kerjasama untuk menganjurkan kejohanan Dota 2 Major buat pertama kali di Indonesia iaitu Bali Major yang akan berlangsung pada 7 Julai sehingga 9 Julai 2023.

Kejohanan ini akan menjadi kejohanan Major penamat bagi Dota Pro Circuit (DPC) 2023 sebelum kejohanan The International (TI) 2023 yang buat masa ini tidak diumumkan lagi lokasi dan tarikh.

Bali Major akan memperlihatkan 18 pasukan serata dunia bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $500 ribu dan juga mendapat markah DPC bagi memberi peluang untuk mendapat tempat di dalam TI.

Lokasi kejohanan adalah Ayana Estate dan tiekt untuk kejohanan ini akan ditawarkan tidak lama lagi dan anda boleh layari laman rasmi Bali Major untuk mendapat maklumat terbaru.

Leave a Reply