Skip to main content

Acer telah mengumumkan penawaran baharu untuk Desktop mereka iaitu Predator Orion X yang menyertakan spesifikasi tinggi untuk permainan video dengan rekaan yang mudah untuk di akses.

Predator Orion X dikuasakan dengan Intel Core i9 Generasi Ke-13 yang menyertakan 24 teras dan boleh mencecah prestasi sehingga 6Ghz. Bagi kad grafik pula, Orion X dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 4090 yang menggunakan penyejukan-cecair.

Bagi storan, Orion X mempunyai dua slot M.2 SSD yang menyokong sehingga 1TB untuk setiap satu. RAM pula adalah 32GB DDR5-5600. Bagi penyambungan, Orion X dilengkapi dengan Intel Killer E3100G dan Intel Killer Wi-Fi 6E AX211.

Orion dilengkapi dengan pilihan port yang pelbagai iaitu 2 x USB3.2 Gen1 (satu Type-C dan satu Type-A), 1 x USB 3.2 Gen2x2 (Type-C), 3 x USB 3.2 Gen2 (Type-A), 2 x USB 2.0 RJ45 dan picu mikrofon dan kombo.

Tambahan pada itu, Predator Orion X juga dilengkapi dengan casis yang mempunyai rekaan fiksyen sains dan dibahagikan kepada tiga zon untuk memudahkan akses – bagi pengubahsuaian.

Zon 1 adalah untuk mengakses CPU, PSU dan SSD. Zon 2 adalah untuk VGA dan slot 2.5-inci SATA HDD dan Zon 3 untuk mengakses modul penyejukan-cecair.

Tambahan pada itu, bahagian penting untuk desktop ini dilindungi dengan satu panel tepi metal yang boleh dibuka dengan mudah dan disertakan bersama dengan satu lengan robotik yang boleh digunakan untuk meletakkan set fon kepala.

Leave a Reply