Microsoft kini mematikan ciri muat-naik video permainan terus ke Twitter dari konsol Xbox, atau menggunakan Windows Game Bar.
Sebab disebaliknya tidak dinyatakan. Namun, ia berkemungkinan kerana Twitter kini memerlukan para pembangun membayar yuran akses API untuk penggunaan – sesuatu yang Microsoft, serta sejumlah besar syarikat tidak ingin membayar untuknya. Sebelum ini, Microsoft juga telah mengumumkan penamatan sokongan pengiklanan multi-platform ke Twitter berkuat-kuasa 25 April 2023.
Pihak Xbox menyatakan pengguna masih boleh berkongsi momen permainan kegemaran mereka ke Twitter melalui penggunaan aplikasi Xbox di peranti Android atau iOS.