DC pada minggu ini menyambut ulang tahun ke-85 untuk watak Superman yang membuat penampilan pertama kali di dalam komik Action Comics #1 yang dikeluarkan pada 18 April 1938.

Bersempena dengan sambutan tersebut, DC juga telah berkongsi treler baharu untuk filem Superman (1978) iaitu filem pertama untuk watak adiwira ini. Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Superman (1978) membawa Superman pertama ke layar perak yang dilakonkan oleh Christopher Reeve yang terus membawa watak ini untuk 3 lagi filem, iaitu Superman II, Superman III dan Superman IV yang dikeluarkan pada tahun 1981, 1983 dan 1987.

Jika anda ingin tonton filem pertama Superman ini, buat masa ini hanya ditawarkan secara digital melalui iTunes Store ataupun Play Store.

Sohor Kini