Pada tahun lepas telah diumumkan yang Johnny Depp akan berlakon sebagai Raja Louis XV iaitu Raja Perancis. Filem tersebut berjudul Jeanne Du Barry iaitu nama watak yang menjadi fokus utama di dalam filem ini.
Filem ini akan ditayangkan di Perancis pada 16 Mei secara terhad, dan juga semasa Filem Festival Cannes 2023. Anda juga boleh tonton treler untuknya di bawah.
Filem ini adalah mengenai Jeanne yang merupakan seorang biasa sahaja akan tetapi mempunyai cita-cita tinggi untuk meningkatkan taraf hidupnya sehinggalah menjadi ‘kekasih’ kepada Louis XV yang telah mencetus masalah di istana.
Jeanne dilakonkan oleh Maiwenn yang juga merupakan penulis, penerbit dan pengarah untuk filem ini.
Buat masa ini tidak disahkan lagi jika filem ini akan ditayangkan dengan lebih meluas, akan tetapi akan tiba di Netflix pada akhir tahun depan.