Skip to main content

Niantic dan Capcom hari ini telah mengumumkan kerjasama untuk hadir dengan permainan mudah alih berdasarkan IP Monster Hunter iaitu Monster Hunter Now dan akan dikeluarkan untuk iOS dan Android.

Seperti permainan Niantic yang lain – Pokemon Go, Monster Hunter Now juga adalah permainan dengan tatamain berdasarkan realiti terimbuh (AR).

Pemain perlu berjalan di dunia nyata untuk mencari raksasa-raksasa di kawasan terdekat untuk diburu.

Monster Hunter Now akan dilancarkan pada bulan September ini dengan sesi beta tertutup akan bermula pada 25 April 2023 dan anda boleh melakukan pendaftaran melalui laman berikut; https://www.monsterhunternow.com.

Leave a Reply