Skip to main content

Sebelum ini, kami sudah melaporkan yang SEGA berminat untuk mengambil-alih Rovio iaitu pembangun Angry Birds dengan kos pengambil-alihan mencecah $1 bilion.

Hari ini, SEGA dan Rovio telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengatakan SEGA telah membuat tawaran rasmi untuk membeli pegangan Rovio dengan harga EUR9.25 untuk setiap pegangan yang menjadikan kos keseluruhan adalah EUR 706 juta (~$774 juta) iaitu lebih rendah berbanding laporan sebelum ini.

SEGA juga mengatakan yang pemegang saham untuk Rovio yang memegang 49.1% pegangan telah bersetuju dengan pengambil-alihan ini, dengan selebihnya adalah perlu dibeli di pasaran saham yang buat masa ini saham Rovio bernilai EUR 9.16 dengan SEGA akan membayar premium sebanyak EUR0.09 setiap saham.

Mereka juga mengumumkan yang pengambil-alihan ini adalah untuk mengembangkan lagi penawaran Rovio di dalam permainan mudah alih.

Leave a Reply