Kejohanan PUBG Mobile Super League (PMSL) – Asia Tenggara Spring 2023 telah dianjurkan dengan jayanya bermula pada 22 Mac lepas sehingga hujung minggu lepas 16 April 2023.

Peringkat akhir yang berlangsung selama 3 hari melibatkan 16 pasukan termasuk juga tiga pasukan dari Malaysia iaitu Yoodo Alliance, GEEK FAM, dan SEM9. Manakala 2 lagi pasukan dari Malaysia iaitu Don’t Break Dreams dan juga Team Secret tersingkir di peringkat Liga lagi.

Selepas pertempuran 18 pusingan, Alter Ego Ares iaitu pasukan dari Indonesia telah menjadi juara dengan mengumpul 161 markah diikuti ShineLikeDiamond (SLD) iaitu pasukan dari Vietnam yang mengumpul 158 markah.

Pasukan terbaik dari Malaysia adalah Yoodo Alliance yang mengumpul markah yang sama dengan SLD iaitu 158 markah tetapi SLD mempunyai markah kedudukan yang lebih tinggi iaitu 59 berbanding Yoodo Alliance yang mendapat 50 markah kedudukan dan memberikan mereka kelebihan yang berada di tempat kedua.

Selaku juara Alter Ego Ares membawa pulang hadiah tunai $50,500 dan kelayakan ke PUBG Mobile World Invitational (PMWI) 2023, ShineLikeDiamond pula membawa pulang hadiah tunai $34,500 dan kelayakan ke PMWI.

Yoodo Alliance walaupun masih membawa pulang hadiah tunia $20,200 akan tetapi kecewa kerana tidak mendapat slot ke PMWI. Dua lagi pasukan dari Malaysia iaitu GEEK FAM berada di tempat ketujuh manakal SEM9 di tempat ke-16.

Sohor Kini