Media Molecule telah mengumumkan yang sokongan untuk permainan Dreams mereka akan ditamatkan selepas 1 September 2023, dengan kemaskini terakhir untuknya akan tiba sebelum bulan September.
Mereka mengatakan yang keputusan sukar ini terpaksa dibuat kerana mereka ingin memfokuskan tenaga kerja kepada projek baharu. Mereka tidak menyatakan lagi mengenai projek tersebut tetapi mengesahkan yang tidak akan berkait dengan Dreams.
Selepas 1 September, pemain masih lagi boleh bermain dan juga mencipta kandungan mereka untuk dikongsi kepada permainan lain, akan tetapi Media Molecule tidak lagi akan aktif mengeluarkan kemaskini, melainkan pepijat yang kritikal.
Dreams juga masih lagi boleh dimuat turun yang sudah memilikinya dan boleh dibeli walaupun selepas 1 September ini.
Di dalam Dreams, pemain boleh menggunakan pelbagai peralatan untuk menghasilkan kandungan tersendiri dan dapat dikongsi dengan pemain lain termasuk juga untuk digunakan di dalam rekaan tersendiri. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan Dreams Universe.