Square Enix dan Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan sesi pra-tempah untuk versi fizikal bagi Final Fantasy XVI akan bermula pada 20 April 2023. Versi fizikal akan hadir dengan tiga edisi iaitu Standard, Deluxe dan Collector’s Edition.

Edisi Deluxe antaranya menyertakan steelcase, dan juga peta dunia Valisthea. Manakala edisi Collector’s Edition menyertakan figura Ifrit melawan Phoenix, 8 pin, peta kain Valisthea, steelbook dan pedang Blood Sword (barangan dalam permainan).

Pra-tempahan untuk versi digital juga sudah dibuka dan pemain akan mendapat Scholar’s Spectacles (aksesori dalam permainan) selain daripada itu setiap pra-tempahan secara fizikal ataupun digital juga akan mendapat senjata Braveheart dan aksesori Caith Sith Charm. Versi fizikal juga akan mendapat buku nota.

Final Fantasy XVI akan dikeluarkan pada 22 Jun 2023 secara eksklusif untuk PlayStation 5. Squre Enix dan SIE juga sebelum ini telah berkongsi lebih 20 minit tatamain yang anda boleh tengok dan baca di pautan berikut; Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Final Fantasy XVI.

Sohor Kini