Peringkat liga untuk Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-11 berakhir pada hari ini yang memperlihatkan 8 pasukan melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan dua pasukan tersingkir dan tidak lagi terlibat di dalam kejohanan ini.
Team SMG mnejadi pasukan paling cemerlang dengan memenangi kesemua perlawanan mereka diikuti dengan Todak yang hanya tewas sekali kepada Team SMG. Dengan berada di tempat kedua, Team SMG dan Todak terus melayakkan diri ke pering Separuh Akhir.
Manakala HomeBois yang berada di tempat ketiga selepas memenangi 6 perlawanan diikuti Red Giants Esports yang memenangi 5 perlawanan, terus ke peringkat Suku Akhir. Selaku pasukan yang melayakkan diri melalui pusingan kelayakan, pencapaian tempat keempat untuk Red Giants Esports sudah semestinya harus dibanggakan.
Empat lagi pasukan iaitu RED Esports MY, Team Lunatix, RSG Slate MY dan Madness Esports akan melalui peringkat Play-In dengan RED Esposrts MY akan bertemu dengan RSG Slate MY untuk ke peringkat Suku Akhir bertemu dengan Hombois.
Manakala Team Lunatix akan bertemu dengan Madness Esports untuk merebut satu slog ke peringkat Suku Akhir bertemu dengan Red Gaints Esports.
Dua pasukan yang tersingkir adalah Team HAQ yang sekadar memenangi dua perlawanan sahaja, satu keputusan yang sangat mengecewakan terutama mereka hadir selaku juara semasa musim ke-10.
Manakala Team Secret yang menyertai MPL Malaysia sebagai pengganti untuk Team Orange yang menarik diri, boleh dikatakan mempunyai kempen yang mengecewakan selepas tewas kesemua perlawanan.
Peringkat kalah mati akan bermula pada 27 April sehingga 30 April 2023.