Seperti dijanjikan, kini Netflix telah menambah salah satu siri anime yang diminati ramai, iaitu One Piece.
Mengisahkan berkenaan pengembaraan Monkey D Luffy bersama-sama ahli pasukan mereka di lautan dalam usaha untuk menjadi ketua lanun sedunia.
Buat masa ini, sebanyak tiga musim tersedia di Netflix, berjumlah 92 episod. Bagi anda yang meminati siri One Piece, boleh menyemak siri ini di Netflix hari ini.