Acer Malaysia hari ini telah melancarkan dua desktop iaitu Orion 3000 dan juga Nitro 50 kedua-duanya dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core Generasi Ke-13. Pengumuman ini dilakukan bersama dengan tiga laptop gaming iaitu Predator Helios 16, Predator Helios 18 dan juga Aspire 7.
Seperti dinyatakan di atas, Predator Orion 3000 dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 Generasi ke-13. Bagi kad grafik pula, desktop ini menggunakan NVIDIA GeForce RTX 3070 bersama dengan 16GB RAM DDR5 dan 1TB storan SSD M.2 PCIe.
Orion 3000 juga hadir desktop bersaiz ‘mid-tower’ dengan rekaan moden. Desktop ini mempunyai panel sisi dan pencahayaan LED RGG. Bagi penyejukan, desktop ini mempunyai tiga kipas Predator FrostBlade 2.0 bersaiz 92 x 92.
Orion 3000 ditawarkan dengan harga RM7,999 bermula pada bulan Mei 2023 di eStore Acer dan stor-stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada.
Acer Nitro 50 pula hadir dengan rekaan serba baharu termasuk juga dengan menyertakan logo Nitro yang diperkenalkan baru-baru ini. Nitro 50 dikuasakan dengan Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GTX 1650.
Bagi storan pula, desktop ini hadir dengan 512GB SSD M.2 2280 PCIe dan juga 8GB RAM DDR4 serta slot tambahan bagi pengguna yang ingin melakukan naik taraf.
Menariknya, Nitro 50 juga dilengkapi dengan pengecas nirwayar di bahagian atas untuk memudahkan lagi penggunaan pengecasan dan mengurangkan penggunaan kabel. Acer Nitro 50 akan ditawarkan dengan harga RM5,099 melalui eStore Acer dan stor-stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada.