Selain mengumumkan pilihan laptop gaming iaitu Predator Helios 16 dan Predator Helios 18, Acer Malaysia juga telah mengumumkan Acer Aspire 7 iaitu laptop berkeupayaan untuk bermain permainan video tetapi dengan harga yang lebih mesra kocek.

Acer Aspire 7 dikuasakan dengan Intel Core i5 Siri-H Generasi Ke-12 dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1650. Bagi paparan pula, laptop ini hadir dengan skrin FHD IPS 15.6-inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz.

Bagi storan, Aspire 7 mempunyai 512GB SSD dipadankan dengan RAM 8GB DDR4, pengguna juga boleh membuat naik taraf dengan slot tambahan disertakan untuk SSD dan juga RAM.

Acer Aspire 7 akan tiba bermula pada akhir bulan ini dengan harga RM3,199 melalui eStor Acer dan stor-stor rasmi di Acer Shopee dan Lazada.


Sohor Kini