Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasmi penawaran baharu untuk dua model laptop mereka iaitu Predator Helios 16 dan juga Predator Helios 18.

Kedua-dua laptop ini dikuasakan dengan Intel Core i9 Generasi ke-13 bersama dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4080.

Helios 16 hadir dengan skrin bersaiz 16-inci manakala Helios 18 dengan skrin bersaiz 18-inci dan membawa resolusi yang sama iaitu WQXGA (2560 x 1600) dengan kadar segar semula sehingga 240Hz.

Kedua-dua laptop juga menyertakan pilihan RAM sehingga 32GB menggunakan RAM DDR5-5600 Mhz dan juga storan SSD PCIe Gen4 NVMe sehingga 2TB.

Bagi memastikan komponen-komponen berkuasa tinggi berada pada tahap suhu yang bersesuaian, Helios 16 dan Helios 18 dilengkapi dengan teknologi kipas besi generasi ke-5 AeroBlade 3D yang direka khas dan paip haba vektor berbentuk empat segi.


Predator Helios 16 dan Predator Helios 18 akan mula ditawarkan pada bulan Mei ini melalui eStor Acer dan juga stor rasmi di Shopee serta Lazada dengan harga bermula RM 8,999 mengikut spesifikasi.

Pra-tempahan yang dibuat sebelum 30 April 2023 di kedai rasmi Acer dan kedai konsep yang terpilih akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM1,600, termasuk monitor XV272, beg Predator Urban Gaming, patung Predator R6 Chibi dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan jaminan ‘on-site’ yang melindungi daripada kerosakan yang tidak sengaja dan kes kecurian selama tiga tahun.

Sohor Kini