Ferrari iaitu pengeluar kereta mewah terkenal telah mengumumkan yang Ferrari Esports Series akan kembali lagi buat kali keempat, dan pertama kali akan turut menyertakan pelumba-pelumba dari Asia Tenggara.
Ferrari Esports Series 2023 merupakan kejohanan selama 6 bulan yang akan membawa pelumba dari Eropah, Amerika Utara dan juga Asia Pasifik melalui permainan simulasi perlumbaan Assetto Corsa dan Assetto Corsa Competizione.
Pelumba dari Asia Tenggara akan melalui pusingan kelayakan dengan pelumba lain dari Asia Pasifik terlebih dahulu.
Pendaftaran untuk menyertai kejohanan ini sudah dibuka dan akan ditutup pada 6 Ogos 2023. Anda boleh melakukannya dan juga membaca maklumat lanjut di pautan ini.
Berikut adalah jadual untuk kejohanan ini;
Selain kejohanan ini, mereka juga telah mengumumkan pelbagai kandungan tambahan yang akan di hos oleh Julia Hardy dan juga Mike Channel iaitu Ferrari 101 dan Off The Grid.
Kejohanan ini akan disiarkan melalui saluran Twitch baharu mereka iaitu FerrariEsports, Youtube dan juga Facebook.