Warner Bros. Games dan Rocksteady Studios telah mengumumkan Suicidie Squad: Kill the Justice League yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan Mei ini telah ditunda ke 2 Februari 2024.

Pengumuman ini secara tidak langsung mengesahkan beberapa laporan sebelum ini yang mengatakan permainan ini memerlukan masa yang lebih untuk dibangunkan.

Mereka mengatakan yang keputusan yang berat ini terpaksa dibuat untuk memastikan permainan ini memberikan pengalaman serta kualiti yang terbaik untuk pemain.

Walaupun ditunda, mereka mengatakan yang lebih banyak perkongsian akan dilakukan sebelum pelancaran.

Suicide Squad: Kill the Justice League akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini