Razer Umum Alternatif Stream Deck – Razer Stream Controller X

Razer telah mengumumkan penambahan penawaran untuk produk yang memfokuskan penstriman iaitu Razer Stream Controller X yang berfungsi seperti Stream Deck oleh Elgato. Ia juga merupakan versi yang lebih mampu milik berbanding Stream Controller yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

Razer Stream Controller X menyertakan 15 butang LCD yang boleh ditetapkan untuk pelbagai kegunaan semasa penstriman – ini termasuklah membuka lampu, mengeluarkan bunyi ataupun bertukar aplikasi.

Perkakas ini menggunakan perisian Loupedeck Software yang memastikannya serasi dengan platform serta aplikasi penstriman seperti OBS Studio, Twitch, Streamlabs, Adobe Premier Pro dan lain-lain lagi.

Pengurusan aplikasi untuk Stream Controller X ini juga boleh dilakukan melalui Loupedeck Marketplace.

Razer Stream Controller X sudah mula ditawarkan dengan harga RM729 melalui mana-mana pengedar rasmi.

Sohor Kini