Fandom telah mengeluarkan laporan “Inside Gaming” yang berkongsi mengenai aktiviti permainan video di-kalangan pemain pelbagai peringkat umur dan generasi. Laporan ini melakukan tinjauan bersama dengan 15 ribu pemain dan juga melalui pengguna-pengguna Fandom.

Antara penemuan yang dilakukan oleh laporan ini adalah Generasi Milenial meluangkan masa lebih lama bermain permainan video setiap minggu akan tetapi Generasi Z dan juga Generasi Alpha memperlihatkan peningkatan lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu 63% dan 48%.

Laporan ini juga mengatakan pemain yang lebih tua lebih gemarkan permainan yang merangsang pemikiran manakala pemain yang lebih muda lebih sukakan permainan kompetitif dan juga permainan yang mempunyai interaksi sosial – dengan Gen Alpha lebih sukakan permainan Battle Royale, Lumba, ketahanan Hidup dan MMO.

Ibu bapa juga kini lebih ramai yang merasakan bermain permainan video bersama dengan anak mempunyai kelebihan – 83% ibu bapa percaya yang permainan video dapat membentuk kemahiran kepimpinan, 77% mengatakan yang permainan video mengajar kemahiran yang penting dan 38% percaya yang permainan video membentuk kerjasama dan kolaborasi.

Berikut adalah tiga sebab utama ibu bapa bermain permainan video bersama dengan anak – aktiviti menarik untuk dilakukan bersama (56%), anak meminta untuk bermain bersama (44%) dan ibu bapa seorang pemain video dan ingin teruskan ‘tradisi'(41%).

5 permainan utama ibu bapa bermain dengan anak adalah Mario, Minecraft, Roblox, Super Smash Bros dan juga Kirby. Memperlihatkan dominasi oleh Nintendo yang Nintendo Switch secara sendirinya digelar sebagai konsol keluarga.

Anda boleh baca laporan lanjut di pautan ini.

Sohor Kini