EA melalui program EA Originals bersama dengan pembangun Ascendant Studios telah mengumumkan yang permainan Immortals of Aveum akan dilancarkan pada 20 Julai 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.

Permainan ini pertama kali diumumkan pada akhir tahun lepas – Immortals of Aveum Adalah Permainan Shooter Di Bawah EA Originals – Tiba Pada Tahun 2023.

Immortals of Aveum adalah permainan aksi pengembaraan FPS menggunakan magis oleh studio indie yang ditubuhkan oleh Bret Robbins yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Kreatif untuk Dead Space dan juga kempen bagi Call of Duty,

Permainan ini menggabungkan penceritaan cinematic, dunia fantasi dan kombat menggunakan magis yang pantas dan sepenuhnya perlu dimainkan secara solo dengan tanpa elemen multi-pemain disertakan. Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini pemain akan menjadi Jak iaitu seorang yang membesar tanpa kebolehan magis akan tetapi tiba-tiba bukan sahaja dapat menggunakannya, malah dapat menggunakan kesemua jenis magis iaitu Force (Biru), Chaos (Merah) dan Life (Hijau) – Jak boleh menggunakan lebih 25 magis dan juga 80 kemahiran untuk mencipta gaya permainan dan serangan yang tersendiri.

Permainan ini berlaku di Aveum di tengah-tengah peperangan di antara dua kerajaan terbesar iaitu Rasharn dan Lucium. Jak bersama dengan tentera Immortals perlu menyiasat mengenai misteri di Aveum dan menyelamatkannya daripada kehancuran.

Antara pelakon suara yang akan terlibat di dalam permainan ini adalah Gina Torres, Darren Barnett sebagai Jak, Antonio Aakeel, dan Lily Cowles.

Sohor Kini