Bermula dengan pengumuman pertama mengenai permainan susulan untuk Breath of the Wild pada tahun 2019, tahap keterujaan semakin bertambah, kini walaupun 4 tahun kemudian, treler terakhir untuk The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom masih lagi membuatkan kami ternanti-nanti permainan ini.
Treler ini juga adalah treler terakhir yang akan dikongsi sebelum pelancaran pada 12 Mei 2023, dan kami boleh katakan, ini adalah treler terbaik untuknya setakat ini.
Jika treler sebelum ini memfokuskan kepada pelbagai kemahiran baharu yang boleh digunakan oleh Link, treler kali ini memperlihatkan pentingnya pengembaraan pemain sebagai Link kali ini – dengan Link adalah harapan terakhir untuk Hyrule.
Link tidak berseorangan, dengan diperlihatkan juga pelbagai watak yang sudah dikenali daripada Breath of the Wild dan juga beberapa watak baharu. Link juga diperlihatkan melakukan pelbagai aktiviti lain yang akan mengisi ratusan jam anda meluangkan masa bermain permainan ini.
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch, anda juga boleh dapatkan Nintedo Switch OLED dengan rekaan khas berdasarkan permainan ini.