PlayStation telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog permainan mereka bagi bulan ini. Permainan-permainan ini akan disertakan bermula pada 18 April 2023.
Berikut adalah permainan-permainan yang disertakan;
Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, mereka juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang sudah bermula pada tahun lepas.