Gravity Game Hub pada 6 April lepas telah melancarkan secara rasmi Ragnarok Origin untuk untuk iOS, Android melalui Google Play, Huawei AppGallery, OPPO App Market dan juga melalui klien di PC.

Bersempena dengan pelancaran ini, Huawei telah menyediakan hadiah bernilai $1 Juta untuk dimenangi oleh pemain-pemain yang memuat turun permainan tersebut melalui Huawei AppGallery.

Pemain akan mendapat pek hadiah terhad seperti Speed Candy, 100,000 Eden Coins, Lucky Candy dengan memuat turun dan bermain. Terdapat lebih banyak lagi ganjaran perbelanjaan dalam permainan disediakan.

Selain itu, bermula pada 29 sehingga 30 April, kedai Huawei di HES @ Sunway Pyramid juga menganjurkan parti bertemakan Ragnarok Origin. Kesemua pengunjung berpeluang untuk mengalami dunia Ragnarok Origin di zon pengalaman.

Pemain juga boleh mendapatkan rebat sehingga 10% untuk pembelian dalam aplikasi melalui Huawei AppGallery. Pengguna peranti Android bukan Huawei juga boleh mendapat kelebihan ini dengan memuat turun AppGallery.

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai kempen di atas melalui pautan ini.

Sohor Kini