HBO telah mengumumkan yang penggambaran untuk musim kedua bagi House of the Dragon kini bermula di Leavesden Studios di United Kingdom, dengan siaran untuk musim baharu ini dijangka bermula pada 2024.

Mereka sebelum ini juga telah mengumumkan yang bagi musim kedua ini akan mempunyai episod yang lebih pendek iaitu 8 episod sahaja berbanding 10 episod untuk musim pertama.

Meneruskan program daripada musim lepas, HBO juga akan memberikan peluang kepada pengarah baharu untuk terlibat bersama di dalam penggambaran ini – dua pengarah yang terlibat adalah B Welby dan Ebele Tate.

House of the Dragon musim pertama telah bermula dengan baik dan anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan berikut; Ulasan House of The Dragon.

Sohor Kini