Marvel Entertainment hari ini telah berkongsi treler acah untuk The Marvels yang juga boleh dikatakan sebagai filem kedua untuk Captain Marvel. Namun, filem ini juga akan menyertakan Ms. Marvel dan Monica Rambeau sebagai watak utama bersama.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Bagi yang sudah tonton siri Disney+ Ms. Marvel, pengakhiran untuk siri tersebut bersambung terus dengan treler ini yang juga mungkin permulaan bagi siri ini.

Ms. Marvel mempunyai kebolehan yang menyebabkan dia bertukar tempat dengan Captain Marvel dan juga Monica Rambeau.

Turut diumumkan adalah filem ini akan ditayangkan pada 10 November 2023 iaitu hampir 4 bulan lebih lewat berbanding pengumuman sebelum ini, 28 Julai 2023.

Sohor Kini