Kita sudah menghampiri tarikh pelancaran untuk Star Wars Jedi: Survivor dan sebelum itu, EA bersama dengan Respawn Entertainment telah berkongsi treler tatamain yang terakhir.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Star Wars Jedi: Survivor berlaku 5 tahun selepas kejadian di dalam permainan pertama iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order. Berdasarkan treler ini, Cal Kestis bersama dengan krew Mantis cuba mencari tempat selamat baharu untuk mereka menyorok dari Empire.
Mereka sebelum ini juga telah berkongsi treler penceritaan dan juga spesifikasi untuk PC bagi permainan ini.
Star Wars Jedi: Survivor akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 28 April 2023. Anda boleh baca ulasan kami untuk permainan pertama di pautan berikut – Ulasan Star Wars Jedi: Fallen Order.