Pada akhir bulan lepas, Omelet Gaming telah mengumumkan yang alat kawalan khusus untuk Nintendo Switch iaitu Omelet Switch Pro+ JoyPad akan dilancarkan sekitar bulan April. Hari ini mereka telah mengumumkan yang alat kawalan tersebut kini ditawarkan secara rasmi.
Omelet Switch Pro + JoyPad adalah generasi baharu untuk penawaran JoyPad yang menyertakan kualiti serta kelebihan alat kawalan Switch Pro+ dalam bentuk JoyPad.
Oleh itu, alat kawalan ini membawa kelebihan Switch Pro+ iaitu butang crystallised yang bukan sahaja untuk kelihatan lebih baik tetapi juga akan menjadikannya lebih tahan lama.
Selain itu, Switch Pro + JoyPad juga mempunyai reka bentuk yang lebih ergonomik, dengan cincin dan bar RGB untuk memberi penampilan yang lebih menawan.
Alat kawalan ini boleh didapatkan melalui mana-mana pengedar rasmi untuk mereka dan juga kedai Omelet Gaming di Shopee melalui pautan berikut; Omelet Switch Pro+ JoyPad.
Alat kawalan ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Thunderbolt, Panda dan Jet Black dengan Thunderbolt hanya ditawarkan untuk 1000 unit sahaja khusus untuk pasaran Asia Tenggara.