Skip to main content

Korea Fair Trade Commission (KFTC) telah menyaman Google sebanyak RM141 juta kerana dikatakan menyekat permainan mudah alih dikeluarkan di platform lain selain Play Store.

Menurut mereka, Google telah memberikan insentif akan lebih mendedahkan permainan yang dikeluarkan secara eksklusif – ini secara langsungnya telah memberi kesan kepada One Store iaitu gedung aplikasi tempatan di Korea Selatan.

KFTC mengatakan perkara ini juga telah memberi kesan kepada penerbit-penerbit permainan tempatan seperti Netmarble, Nexon dan NCsoft bersama dengan penerbit kecilan yang lain.

Google melalui kenyataan yang diberikan kepada Reuters mengatakan yang mereka masih lagi mengkaji jawapan kepada KFTC tetapi menegaskan yang mereka tidak bersetuju dengan saman ini dan mengatakan yang mereka telah membuat pelaburan untuk menjaminkan kejayaan pembangun.

Leave a Reply