Genshin Impact hari ini telah mengumumkan yang pelakon suara baharu untuk watak Tighnari bagi bahasa Inggeris iaitu Zachary Gordon.

Zachary Gordon adalah pelakon yang juga adalah melakukan lakonan suara antaranya untuk permainan Mafia, Kingdom hearts III sebagai Hayner dan sebagai Ravus waktu muda di dlaam Kingsglaive: Final Fantasy XV.

Namun, ramai mungkin mengenali beliau sebagai Grey Heffley di dalam filem Diary of a Wimpy Kid.

Tighnari sebelum ini dibawa oleh Elliot Gindi akan tetapi selepas beberapa tuduhan salah laku seksual termasuk juga kepada peminat bawah umur, Genshin Impact telah mengumumkan akan menukar pelakon suara untuknya.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini